Tuesday 20 December 2011

5 cara mengenalpasti Diet Fad

Kebanyakan jenis diet popular masa kini hanya mengambil kesempatan terhadap keinginan kita untuk turun berat badan dalam masa singkat. Malangnya, diet sebegini tidak berkesan.
Berikut adalah 5 klu atau cara mengenalpasti fad diet yang menjanjikan janji kosong tanpa keputusan yang memuaskan:
Diet yang berdasarkan pengambilan kalori rendah secara drastik.
Diet jenis kebuluran ini memerlukan badan kita untuk berpuasa dan selalunya dijanjikan dengan keputusan penurunan berat badan yang segera. Tetapi, tubuh badan kita tidak dijadikan dengan kemampuan untuk menurunkan berat badan dengan segera. Bahkan, doktor mengatakan ia hampir mustahil untuk individu sihat dan aktif untuk hilang berat lemak lebih dari 2-3 pound (1-1.5kg) seminggu meskipun melalui diet kebuluran.
"Keberkesanan" diet rendah kalori bergantung kepada reaksi semulajadi tubuh kita apabila kebuluran. Iaitu pengeluaran cecair badan. Jadi, kebanyakan diet yang menjanjikan kehilangan berat badan segera adalah bukan kehilangan lemak- tetapi cecair!. Dan badan akan menyerap semula air seperti span setelah individu kembali makan secara normal.
Diet yang berdasarkan pengambilan pil istimewa, serbuk atau herba.
Kebanyakan cara ini hanyalah gimik semata-mata- anda hanya akan kehilangan berat poket anda berbanding berat badan sendiri.
Banyak pil diet mengandungi agen laksatif atau diuretik yang memaksa badan kita mengeluarkan lebih banyak air. Sepertimana diet rendah kalori, kehilangan berat badan bukan disebabkan pembakaran lemak tetapi pengeluaran air dari badan.
Terdapat juga supplemen yang diklaim mampu meningkatkan kadar metabolisma, menyekat selera makan atau menyekat penyerapan lemak, gula atau karbohidrat. Kebanyakan supplemen diet tidak mempunyai bukti kukuh yang menyokong. Dan doktor menyatakan ia berisiko untuk diambil oleh remaja kerana tidak diketahui sejauh mana kesan penggunaannya ke atas tumbesaran.
Diet yang menyarankan pengambilan makanan spesifik atau kombinasi makanan tertentu.
Tiada bukti saintifik mengatakan saranan di atas berkesan. Dan mengehadkan pengambilan makanan tertentu menyebabkan anda tidak mendapat nutrien atau nilai pemakanan tertentu.

Diet yang memerlukan anda membuang terus lemak, gula atau karbohidrat dari pemakanan harian.
Menyekat pemakanan kita dari kumpulan makanan penting adalah idea yang tidak sesuai (terutamanya bagi individu masih membesar). Lebih elok jika kita makan dalam porsi atau hidangan kecil tetapi seimbang (hidangan yang sempurna dengan karbohidrat, protein, lemak, sayuran dan buahan). Bila badan kita memperolehi nutrien seimbang, kita telah mengurangkan kebarangkalian mengidam makanan!. Makanan dalam porsi kecil juga membantu kita mengamalkan cara pemakanan sihat serta membantu mengekalkan berat badan ideal.
Diet yang memerlukan anda untuk tidak mengambil hidangan dan menggantikan dengan minuman istimewa atau bar makanan.
Seperti diet yang menghalang kumpulan makanan tertentu, meninggalkan atau menggantikan hidangan membawa maksud anda tidak mendapat nilai pemakanan yang diperlukan untuk menyokong kesihatan badan. Tambahan pula, anda akan kehilangan nikmat menikmati makanan bersama rakan atau keluarga.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. minta maaf tumpang tanya. bagaimana hendak memupuk orang dewasa untuk makan sayur.. bakal suami saya.. sudah dewasa orangnya tetapi dia tak suka makan sayur. keluarga dia juga begitu. Ayah bakal suami juga pesakit diabetes. Saya sendiri memang suka sayur dan ulam-ulaman. Jadi saya rasa perlu untuk menarik minat keluarga bakal suami untuk memakan sayur untuk kesihatan mereka. Tetapi saya tidak tahu caranya

    ReplyDelete