Wednesday, 7 September 2011

Bayi 4 bulan boleh start makan?

Soalan:
Bila bayi boleh mula makan, ada orang kata 4 bulan dah boleh, tapi ada juga yang kata 6 bulan baru boleh bagi makanan selain dari susu. Jadi, bila sebenarnya bayi boleh mula makan?


Jawapan:
Bayi boleh mula mendapat makanan tambahan bermula di antara usia 4-6 bulan jika bayi sudah bersedia. Tetapi pada asasnya, makanan utama bayi pada 6 bulan pertama ialah susu samada susu ibu atau susu formula (susu ibu adalah sumber pemakanan terbaik untuk si kecil). Selepas 6 bulan ibu-ibu disarankan untuk memberi makanan tambahan kepada bayi kerana pada usia ini susu sahaja tidak mampu memenuhi keperluan nutrien harian bayi. American Paediatric Association menyarankan supaya bayi diberi makanan bermula usia 6 bulan meskipun bayi sudah mula menunjukkan minat terhadap makanan.


Jadi, ibu bapa atau penjaga bayi boleh merujuk kepada tanda-tanda kesediaan bayi untuk menerima makanan tambahan selain dari susu atau cecair:
  • Bayi sudah mampu mengawal kepala/leher dengan baik. Kedudukan kepala dan leher mesti dalam keadaan tegak. 
  • Hilang refleks ekstrusi (Extrusion reflex). Untuk memastikan bayi bersedia untuk makan dan menelan, bayi haruslah berhenti menolak lidahnya untuk menolak makanan keluar dari mulut.
  • Mampu duduk dengan bantuan. Walaupun bayi belum bersedia untuk duduk di kerusi, tetapi bayi perlu duduk dengan elok untuk menelan makanan.
  • Pergerakan mengunyah. Mulut dan lidah bayi bergerak seiringan dengan sistem percernaannya. Untuk proses menelan makanan, bayi sepatutnya sudah mampu untuk menolak makanan ke belakang mulutnya dan menelan.
  • Pertambahan berat yang signifikan. Kebanyakan bayi sudah bersedia untuk menerima makanan tambahan apabila berat badannya sudah bertambah dua kali ganda berat semasa lahir dan sekurang-kurangnya sudah berusia 4 bulan.
  • Selera meningkat. Bayi seolah-olah lapar meskipun sudah diberi susu diantara 8-10 kali sehari.
  • Ingin tahu apa yang anda makan. Bayi anda mungkin sudah mula melihat makanan yang anda makan atau mahu mengambil makanan tersebut.


Sila baca soal jawab seterusnya mengenai risiko pemberian makanan tambahan terhadap bayi pada usia kurang dari 6 bulan.

No comments:

Post a Comment