Jadual dibawah adalah cadangan penambahan berat badan ibu sepanjang tempoh kehamilan :
Kenaikan berat badan semasa hamil adalah hasil dari pertambahan berat bayi, plasenta atau uri, bendalir amnion, tisu payudara, isipadu darah, cecair insterstitial dan lemak simpanan ibu. Lemak simpanan diperlukan bagi persediaan ibu untuk penyusuan bayi selepas bersalin.
Dibawah ialah rumus berat badan ideal ibu hamil:
BBIH = BBI + (UH x ).35)
Dimana,BBIH = Berat badan ideal ibu hamil yang akan di cari
BBI = Berat badan ideal sebelum hamil
UH = Usia kehamilan dalam minggu
0.35 = Tambahan berat badan Kg per minggu (0.35 Kg)
Adakah selamat untuk ibu hamil kehilangan berat badan?
Beberapa kes di mana ibu hamil mempunyai berat badan yang berlebihan, Anda mungkin tidak memerlukan tambahan kalori dalam diet, dan mungkin selamat untuk anda turun sedikit berat badan semasa mengandung. Ini mungkin berlaku apabila anda mula mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang serta mengurangkan pengambilan makanan ringan.Terdapat kajian diterbitkan di Journal Obstetrics and Gynecology pada 2007 menunjukkan bahawa wanita overweight yang mengalami pertambahan berat badan kurang dari saranan 6kg semasa hamil, mempunyai hasil kehamilan yang lebih baik, penurunan risiko darah tinggi semasa hamil, pembedahan caeserean dan saiz bayi yang abnormal (besar atau kecil). Walaubagaimanapun, anda disarankan untuk meminta nasihat dari pakar perubatan sebelum mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan semasa hamil.
Macamana nak tambah berat semasa hamil?
Jika penasihat perubatan menyarankan anda untuk menaikkan lebih berat badan, disini saya cadangkan:
- Makan lebih kerap!. Makan 5-6 hidangan kecil dan kerap setiap hari.
- Sentiasa bawa snek yang cepat dan mudah seperti kekacang, kismis, keju dan biskut, buah-buahan kering atau segar, yogurt serta ais krim.
- Sapukan marjerin lembut atau mentega kacang pada roti, biskut dan lain-lain. 1 sudu makan mentega kacang mampu membekalkan 100 kalori dan 7g protein.
- Tambahkan susu tepung/segar rendah lemak ke dalam kentang putar, telur dan bijirin pagi.
- Tambah kondimen ke dalam hidangan seperti mentega/marjerin, krim keju, krim masam dan keju.
Kalau terlebih kenaikan berat badan?
Jika anda telah mengalami kenaikan berat badan melebihi saranan, berbincanglah dengan penasihat kesihatan anda. Selalunya, anda tidak disarankan untuk menurunkan berat badan semasa hamil.Pastikan anda mengambil makanan yang pelbagai supaya dapat memenuhi keperluan nutrien anda dan bayi anda. Di bawah adalah saranan untuk melambatkan kenaikan berat badan:
- Pilih makanan rendah lemak ketika makan di luar atau restoran, Pilih makanan yang dipanggang, direbus, stim atau bersup (kurang menggunakan minyak). Elakkan makanan bergoreng seperti kentang goreng, ayam goreng dan sebagainya.
- Elakkan susu penuh krim. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 4 hidangan prosuk susu sehari. Walaubagaimanapun, pengambilan susu skim atau rendah lemak akan mengurangkan pengambilan kalori dan lemak. Pilih keju atau yogurt rendah lemak.
- Hadkan pengambilan minuman manis dan bergula. Minuman manis seperti air berkarbonat, kordial, jus buah, lemonad, minuman 3 in 1, kuih-muih bergula dan banyak lagi membekalkan kalori yang banyak tetapi nutrien yang sedikit. Minumlah air kosong atau air mineral untuk mengelakkan lebihan kalori.
- Jangan tambah garam dalam makanan semasa memasak. Garam menyebabkan badan kita menyimpan air.
- Hadkan pengambilan gula-gula, coklat dan snek berkalori tinggi. Biskut, donat, kek. sirup, madu dan cip kentang mempunyai kalori tinggi tetapi nutrien yang sedikit. Sebaliknya, pilih buah-buahan segar, yogurt rendah lemak,
- Penggunaan lemak secara sederhana. Lemak termasuk minyak masak, marjerin, mentega, sos, mayonis, salad dressing, minyak sapi, krim dan sebagainya.
- Sediakan makanan dengan cara masakan yang menggunakan sedikit lemak seperti membakar, stim, rebus, panggang dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment