Thursday 8 September 2011

Memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi.

Bagaimana cara memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi?
Kebanyakan bayi boleh diperkenalkan dengan makanan pepejal yang lembut (pureed). Ramai ibu percaya bahawa bayi perlu dimulakan dengan bijirin makanan, tetapi tiada bukti perubatan menunjukkan bahawa memperkenalkan makanan mengikut langkah tersebut membawa kebaikan kepada bayi. Antara makanan yang juga sesuai untuk diperkenalkan ialah seperti ubi keledek, pisang, pic, epal dan pir.
Jika anda mahu memulakan pemberian makanan tambahan kepada bayi, langkah terbaik ialah untuk memastikan proses tersebut berlaku secara berperingkat. Ia adalah bagi memastikan bayi mudah untuk menerima makanan yang diberi, memudahkan kita untuk mengenalpasti jenis makanan yang member ikesan ‘upset’ kepada bayi dan membantu bayi dan anda untuk membina jadual makan secara teratur. Pertama sekali, bayi perlu diberi susu ibu/susu formula. Selepas itu, beri bayi anda makan di antara 1-2 sudu the makanan yang telah di puri. Jika anda mahu mulakan dengan bijirin, campurkan dengan susu ibu/formula secukupnya untuk menjadikan makanan semi-pepejal. Pastikan anda menggunakan sudu plastic yang bersesuaian untuk menyuap bayi anda bagi mengelakkan kecederaan gusi bayi yang lembut. Mulakan dengan jumlah makanan yang sedikit di hujung sudu.
Jika anda merasakan bayi anda seolah-olah tidak berminat untuk makan menggunakan sudu, anda boleh cuba membiarkan bayi anda menghidu dan merasa makanan tersebut terlebih dahulu. Selain itu, ibu bapa dan penjaga tidak digalakkan untuk menambah makanan bayi ke dalam botol susu. Ini kerana bayi perlu mempelajari bahawa makanan perlu dimakan apabila duduk dan menggunakan sudu.
Bayi boleh diberi makan sekali dalam sehari mengikut keselesaan anda dan bayi. Seboleh-bolehnya, jangan memberi makanan sewaktu bayi dalam keadaan penat dan merengek. Bayi anda mungkin hanya makan sedikit sahaja pada awalnya, tetapi anda perlu bagi bayi anda masa untuk menyesuaikan diri dengan pengalaman baru. Terdapat bayi yang memerlukan latihan untuk memastikan makanan berada di dalam mulut dan mampu menelan.
Apabila bayi sudah mula menyesuaikan diri, dia akan bersedia untuk menerima kuantiti makanan yang lebih banyak. Jika bayi anda diberi bijirin, anda boleh meningkatkan konsistensi makanan tersebut secara berperingkat dengan mengurangkan jumlah air yang dibancuh.

No comments:

Post a Comment