Soalan:
Betul ke meminum air sejuk selepas bersalin membahayakan? Sewaktu berpantang ibu melarang keras saya meminum air sejuk dengan alasan akan menghalang pengecutan rahim dan membuncitkan perut.
Jawapan:
Seringkali kita mendengar bebelan ibu-ibu, rakan-rakan dan saudara-mara tentang amalan meminum air sejuk selepas bersalin yakni waktu berpantang. Setakat ini, kurang kajian dilaksanakan dalam bidang ini dan tiada bukti saintifik yang kukuh untuk menyokong penyataan bahawa amalan meminum air sejuk tidak selamat.
Mungkin disebabkan kebanyakan percaya bahawa 'kepanasan' akan membantu proses penyembuhan, jadi pengambilan makanan atau minuman yang sejuk dikatakan akan menghalang proses penyembuhan. Bahkan di kebanyakan negara, ramai ibu-ibu selepas bersalin yang meminum air sejuk tidak mengalami sebarang masalah.
Ibu yang menyusu disarankan meminum air yang mencukupi iaitu di antara 10-12 gelas sehari. Cuaca di Malaysia yang panas dan lembap menyebabkan kita cepat dahaga dan ramai yang memilih air sejuk untuk menghilangkan dahaga berbanding air panas. Kandungan air dalam badan sangat penting apatah lagi untuk ibu yang menyusu, kerana air diperlukan untuk proses penghasilan susu yang mencukupi. dan seterusnya, mengganggu penyusuan bayi. Dalam aspek ini, amalan meminum air sejuk tidak membahayakan berbanding risiko kekurangan air terhadap ibu dan bayi.
Jadi, jika anda terasa sangat dahaga dan menginginkan air sejuk, jangan rasa bersalah anda boleh meminumnya. jika anda risau dengan meminum air sejuk akan membawa masalah kesihatan, usah risau anda berhak memilih untuk tidak meminum air sejuk. Tetapi pastikan anda meminum air samada suam atau panas yang mencukupi.
Dan jika anda risau meminum air sejuk akan menjejaskan bayi anda, usah khuatir. Dengan meminum air sejuk, suhu air susu anda akan tetap pada suhu badan dan tidak akan mengubah kandungan antibodi dan nutrien yang terkandung.
Kegemukan atau kebuncitan berkait rapat dengan pengambilan kalori yang berlebihan dan meningkatkan penyimpanan lebihan kalori dalam bentuk lemak di bawah kulit. Kebiasaannya, individu akan cenderung meminum air sejuk dalam kuantiti yang banyak berbanding air suam atau panas. Jadi, jika air sejuk yang diminum berkalori tinggi seperti minuman bergas, bergula tinggi atau berkrimer (lemak), ini akan meningkatkan pengambilan kalori secara berlebihan. Individu yang ingin mengurangkan atau mengekalkan berat badan disarankan mengambil air kosong yang mencukupi bagi membantu metabolisma. Ingin dinyatakan disini, bahawa air kosong tidak mempunyai sebarang kalori.
i love this! thanks ila. :D
ReplyDeletehaha..poyo2 je.. trus update.. insyaAllah ila update daily!
ReplyDeleteOrg tua kata kalau semasa berpantang dilarang minum air sejuk , nanti baby akan kembung.Macam mane tu ye?
ReplyDeleteSaya rasa kalau minum ais/air sejuk semasa berpantang dalam kuantiti yang sedikit tidak mengapa. Jangan sampai minum banyak dan berlebih lebihan..
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteIni buatkan saya rasa tak bersalah minum.ait bnyk dlm pantang.
Follow me : http://www.umminoorainiali.blogspot.com
Terima kasih
ReplyDeleteIni buatkan saya rasa tak bersalah minum.ait bnyk dlm pantang.
Follow me : http://www.umminoorainiali.blogspot.com
minum air kosong sejuk boleh kan?
ReplyDeleteMinum susu segar yg sejuk letak.dlm.peti boleh ke dlm pantang..
ReplyDelete