Wednesday 14 September 2011

Diet Kumpulan Darah: Fakta atau Fiksyen?

hye, I've heard about blood type diet. Fiction or fact? Thanks. ~Mary


Jawapan:
Terima kasih Mary kerana mengemukakan soalan di atas. Diet mengikut kumpulan darah bukanlah suatu fenomena baru dikalangan pengamal diet. Di asaskan oleh Dr Peter D'Adamo seorang Naturopath, beliau berpegang kepada prinsip bahawa jika kita amalkan diet yang spesifik kepada kumpulan darah (A, B, AB dan O) akan menurunkan berat badan dan mengurangkan risiko terhadap penyakit. Diet ini juga popular di kalangan selebriti barat, meskipun begitu pakar pemakanan dan perubatan merasakan sebaliknya dan percaya bahawa teori diet Dr. Peter langsung tidak masuk akal!


Mary, jom kita kenali apa teori diet Dr.Peter...
Dr. Peter percaya perbezaan kumpulan darah menentukan cara tubuh kita bertindak dengan nutrien. Teori beliau adalah berdasarkan idea, setiap kumpulan darah mempunyai antigen marker tersendiri dan marker ini akan memberi reaksi berbeza terhadap makanan yang akan membawa kepada masalah jantung. Beliau juga mempercayai bahawa tahap keasidan perut dan enzim pencernaan juga berkait-rapat dengan kumpulan darah. Jadi, beliau mengatakan dengan mengikut diet berdasarkan kumpulan darah mampu membantu badan kita mencerna dan menyerap nutrien makanan dengan lebih efektif, seterusnya menurunkan berat badan.


Teori Dr.Peter menjadi semakin menarik, apabila dia mengatakan bahawa kumpulan darah kita akan berevolusi mengikut peredaran zaman. Yakni, kita harus makan jenis makanan yang dimakan oleh nenek moyang kita pada masa dulu. Pelik bukan? 
Secara rasional pemikiran, saya percaya teori diet Dr. Peter dicemari oleh teori evolusi yang di asaskan Darwin, yang mana teori evolusi tersebut belum pun mempunyai bukti saintifik yang kukuh.
Mari kita lihat Teori evolusi darah Dr' peter...(things are getting weirder and weirder~~)
Dikatakan kumpulan darah O ialah kumpulan pertama dikenalpasti (hanya anggapan sahaja!) ini berdasarkan kisah nenek moyang yang suka berburu 50000 B.C dahulu. Apa pun, Dr.Peter percaya bahawa kumpulan Darah O nenek moyang kekal hidup dengan amalan makanan tinggi protein, dan diet berasaskan daging. Jadi, diet jenis perlu diikut pada abad ke-21.


seterusnya, muncul kumpulan darah A sekitar 15000 B.C! Zaman ini, nenek moyang sudah tidak berburu sebaliknya mula bercucuk tanam. Kemunculan kumpulan darah A dikatakan kerana amalan diet vegetarian. Dan sekali lagi, Dr'Peter menyarankan individu kumpulan darah A.. sila makan diet vegetarian.
Kumpulan darah B pula berevolusi sekitar 10000 B.C, terima kasih kepada nenek moyang kita yang hidup secara nomad. Mereka meninggalkan ladang tanaman dan mula menerokai tanah-tanah lain, bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Dan teori Dr'Peter, individu kumpulan B perlu makan diet yang pelbagai iaitu daging, tenusu, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebagai dietitian, saya berharap anda semua mempunyai kumpulan darah B jika mahu ikut diet Dr'peter. Kerana? Ia lebih seimbang!


Akhirnya, muncul pula kumpulan darah AB yang berevolusi sekitar 1000 tahun dahulu! Dr. Peter percaya bahawa diet zaman ini membantu nenek moyang kita beralih ke zaman moden. Bermaksud individu berdarah AB boleh menikmati campuran makanan dari kedua-dua kumpulan darah A dan B. 


Penerangan yang panjang lebar, khas untuk Mary!
Setiap kumpulan darah mempunyai senarai makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan.. sila teruskan pembacaan anda!


Kumpulan Darah O.
Diet Pemburu daging atau dengan kata lain diet tinggi protein rendah karbohidrat.Yakni, perlu makan banyak daging dan ikan tetapi tiada sumber tenusu, gandum dan bijirin. Sounds familiar to you? Pernah dengan Diet Atkins yang popular? Sama sahaja! Diet ini menyarankan pengambilan daging, ikan dan minyak zaitun secara suka hati, pengambilan telur, kekacang, bijian dan sebahagian jenis sayur atau buah secara sederhana, dan seterusnya elakkan pengambilan sumber tenusu, bijirin,roti, pasta dan nasi. Untuk menyempurnakan lagi diet ini, Dr, Peter menyarankan senaman aerobik yang agresif seperti aerobik dan berlari~sama seperti nenek moyang kita sewaktu berburu!


Kumpulan Darah A
Diet penanam sayur atau vegetarian. Individu berdarah AB perlu makan kekacang, bijirin, pasta, nasi, buah dan sayur tetapi mengelakkan pengambilan sumber tenusu. Senaman yang menenangkan seperti yoga atau golf disarankan.


Kumpulan Darah B
Diet omnivor, yang hanya sedikit restriction, tetapi sayang hanya seorang dari 10 mempunyai darah B!. Makanan yang perlu dielakkan ialah makanan terproses, kekacang dan bijian tidak digalakkan dan hanya sedikit makanan tinggi karbohidrat dibenarkan. Untuk senaman, Dr'Peter menyarankan aktiviti menguji ketahanan mental seperti hiking, tennis dan berenang~ sememangnya nenekmoyang kita banyak berfikir ketika berjalan.


Kumpulan Darah AB
Diet A+ B= Vegetarian + Variety! Diet bagi kumpulan darah yang jarang dimiliki ini melibatkan amalan diet vegetarian disamping sedikit daging,ikan dan sumber tenusu. Dan senaman juga A+B= senaman menenangkan + mental/sederhana!


Apa kata pakar?
Pakar perubatan mengatakan bahawa teori ini tidak masuk akal kerana tiada pertalian langsung diantara kumpulan darah dan makanan yang kita makan. Dan anda tidak akan temui mana-mana dietitian atau pakar pemakanan yang menyarankan diet sebegini.
Beberapa masalah telah dikenalpasti, iaitu diet kumpulan O dan A boleh dikatakan terhad dan mengelakkan pengambilan majoriti kumpulan makanan.
Dalam jangka masa panjang, ini akan membawa kepada kekurangan nutrien yang diperlukan untuk kesihatan. Sebagai contoh, mengelakkan pengambilan sumber tenusu boleh menyebabkan kekurangan kalsium dan seterusnya risiko osteoporosis, kekurangan zat besi akibat tidak memakan daging menyebabkan anemia dan sebagainya. Lagi membimbangkan apabila kebanyakan individu mempunyai kumpulan darah samada O atau A.


Tapi Diet ini mampu menurunkan berat badan? Mungkin! ini kerana setiap diet telah mengehadkan segelintir makanan dan dalam kata lain mengehadkan kalori yang diambil.


Apa nilai positif yang boleh diambil? tidak banyak yang boleh dikatakan. Tetapi saya menyokong pendapat untuk mengelakkan pengambilan makanan terproses, coklat dan sebagainya serta makan makanan yang segar dan semulajadi~ nenekmoyang kita tidak mengambil makanan terproses!
Nilai negatif? Banyak! Secara praktikal, anda perlu mengambil ujian darah untuk mengetahui jenis kumpulan darah anda. Dan setiap ahli keluarga mungkin mempunyai kumpulan darah yang berbeza, jadi kena masak makanan secara berasingan! Anda mungkin akan hilang berat badan tetapi anda mungkin akan mengalami masalah kesihatan dalam jangka masa panjang!


Jadi, anda mahu mengikuti diet kumpulan darah? keputusan di tangan anda. Cadangan saya, jika anda mahu mengikuti diet ini, amalkan hanya untuk satu minggu atau kurang dan jadikan sebagai titik tolak diet jangka masa panjang yang lebih sihat!


Now you decide..either it is fiction or fact!
P/S: Agak-agaknya kalau darah kita berevolusi lagi sebagai contoh Darah C. Mungkin kita kena makan fastfoods, pizza, makanan ringan, cip, dan coklat~itulah diet abad milennium!



1 comment:

  1. hehe....tentu seronok org yg berdarah C nanti:-)...thanks di atas peneranagn yg panjang lebar.

    ReplyDelete