Tuesday, 13 September 2011

Jom Diet!! Berat badan yang sihat!

Jom diet! Usaha untuk mendapatkan dan mengekalkan berat badan yang sihat akan menyumbang kepada badan yang sihat secara menyeluruh. Tips di bawah adalah untuk individu dewasa yang mahu berubah ke cara hidup yang lebih sihat dan seterusnya MENDAPATKAN BERAT BADAN YANG SIHAT!!


Bermula dengan perancangan rapi
Perancangan mestilah untuk jangka masa panjang, bukan hanya untuk penurunan berat badan jangka pendek. Sentiasa fokus dengan objektif iaitu untuk mendapatkan kesihatan yang baik secara menyeluruh!. Setiap langkah mesti dimulakan dengan niat, niat yang baik membawa kepada hasil yang positif. Jika anda berniat untuk menguruskan badan kerana mahu kelihatan cantik supaya lelaki mudah tertarik, anda mungkin kecewa apabila anda tidak mendapat apa yang anda inginkan. Jadi, niatkan supaya dengan berat badan yang sihat kita boleh mendapat tubuh badan yang sihat. 


Tetapkan gol yang realistik. Dalam proses untuk berubah, kita mestilah mengambil langkah demi langkah dan bukan secara drastik. Kebiasaannya, perubahan akan lebih berkekalan jika kita berbuat demikian. Kebanyakan orang beranggapan mereka mampu menurunkan berat badan dalam masa yang singkat, tetapi kita kena ingat proses membina lebihan lemak dalam badan mengambil jangka masa yang panjang!. Jadi, mustahil jika anda membuat lemak 7 tahun, tetapi kurus dalam masa 7 hari. Mungkin anda boleh mulakan dengan mengurangkan porsi nasi sewaktu makan tengahari, meminum air kosong semasa hidangan utama dan sebagainya. Jika anda konsisten, anda pasti berjaya! Jangan lupa untuk memberi ganjaran pada diri sendiri jika perubahan anda berhasil, dan tidak semestinya ganjaran dalam bentuk makanan.


Usah berdalih! mulakan perubahan sekarang!. Mungkin anda sayang untuk meninggalkan makanan yang lazat, biskut kegemaran anda, air manis lemak berkrim dan anda mungkin sayang untuk melepaskan masa santai riang ria anda tanpa senaman. Tetapi, peribahasa melayu " bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian", mungkin susah untuk di tinggalkan tetapi dengan susah-payah, kita pasti berjaya!.  

No comments:

Post a Comment