Saturday, 10 March 2012

Soal Jawab: Makanan Terbaik dan Ter'Teruk' Untuk Kebuncitan

Kebuncitan? Eww! Ramai wanita mahukan pinggang yang langsing bak kerengga, tidak terkecuali kaum lelaki yang mahukan ketulan '6 packs'. Tetapi, kebanyakannya kecundang akibat pengambilan kalori yang berlebihan tanpa senaman untuk membakar kalori tersebut. Jadi, mari kita lihat soal jawab dibawah:

1) Lemak di perut adalah lebih teruk berbanding lemak dibahagian lain pada badan. Betul atau Salah?
 Betul! Pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut adalah lebih berbahaya berbanding di bahagian pinggul dan peha. Lemak di bahagian perut dikaitkan dengan masalah kesihatan yang serius seperti penyakit jantung, strok dan kencing manis. Sememangnya keturunan atau genetik boleh menyumbang kepada masalah kegemukan tetapi gaya hidup kurang sihat akan memburukkan lagi isu ini.
 2) Makanan berlemak adalah punca utama kebuncitan seperti mentega, keju, daging dan makanan bergoreng. Betul atau salah?
Salah! Pengambilan makanan tinggi lemak bukanlah punca utama, tetapi pengambilan kalori yang berlebihan dari mana-mana jenis makanan akan menambahkan inci pinggang dan seterusnya lemak perut. Bahkan, boleh dikatakan punca kebuncitan bukan hanya satu faktor sahaja. Keturunan, diet, umur dan gaya hidup juga memainkan peranan penting. Perubahan amalan pemakanan mampu membantu kita dalam melawan kebuncitan. Baca label makanan, kurangkan lemak tepu, tingkatkan pengambulan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurangkan porsi makanan anda.
slide image
3) Kalori dari alkohol adalah paling teruk untuk masalah kebuncitan berbanding kalori makanan lain. Betul atau salah?
Betul! Lebihan kalori- samada dari alkohol, minuman manis atau porsi makanan bersaiz besar-- mampu menambahkan kebuncitan. Badan kita memerlukan kalori, walaubagaimanapun alkohol mempunyai kalori hampir sama dengan lemak.
Alkohol juga mempunyai perkaitan dengan pertambahan ukuran pinggang. Secara amnya, ia kerana apabila anda meminum alkohol, hati kita menjadi terlalu sibuk membakar alkohol kepada membakar lemak. kajian juga menunjukkan alkohol menyebabkan rasa lapar akibat kesannya terhadap hormon yang mengawalatur rasa kenyang.
slide image
4) Lemak manakah yang bukan hanya menyebabkan pertambahan berat badan, tetapi juga membawa lemak dari bahagian lain badan ke bahagian perut? Lemak tepu? Lemak trans? Lemak mono-tak tepu? atau semua?
Jawapannya--Lemak Trans! Penyelidik dari Wake Forest University menemui bahawa lemak trans, yang terbentuk dari proses minyak separa terhidrogenasi, meningkatkan jumlah lemak di sekeliling pinggang dan mengagihkan tisu lemak ke bahagian perut dari bahagian lain badan. Lemak trans ditemui dalam makanan seperti marjerin, pastri, cookies dan biskut krim kraker, makanan ringan dan bergoreng.

5) Antara makanan berikut yang manakah mampu melawan kebuncitan? Teh hijau? Beri biru? soya? atau semua?
Jawapannya-- Semua sekali! Teh hijau bersama-sama senaman, mampu membantu anda menurunkan berat badan, berdasarkan Journal of Nutrition. Penyelidik berpendapat komponen catechins dalam teh hijau membantu merangsang badan untuk membakar kalori dan seterusnya mengurangkan lemak pinggang.
Beri biru juga menunjukkan kesan yang sama dalam kajian terhadap tikus.
slide image
6) Makanan ringan menyumbang kepada kebuncitan kerana ia tinggi lemak? padat nilai kalori? dimakan secara berlebihan? atau semua sekali?
Jawapannya-- tentulah semua sekali! kebanyakan makanan ringan adalah tinggi kandungan lemak, padat dengan kalori dan tentunya dimakan dalam kuantiti yang banyak-- yang mana menyumbang kepada pengambilan kalori secara berlebihanan, pertambahan berat badan dan sudah tentu lemak dipinggang. Banyak restoran makanan ringan tidak menyediakan maklumat pemakanan, tetapi kajian menunjukkan apabila maklumat ini dikenalpasti, individu lebih cenderung untuk memilih makanan rendah kalori. Kecuali bagi orang yang memandang remeh nilai kalori!
slide image
7) Dengan menggantikan minuman berkarbonat biasa kepada minuman berkarbonat diet adalah langkah bijak untuk langsing. Betul atau salah?
Salah! Berdasarkan American Heart Association " minuman berkarbonat dan minuman manis yang lain adalah  sumber No.1 gula tambahan". Gula tambahan bermaksud kalori tambahan iaitu sesuatu yang anda cuba elakkan bagi mengatasi masalah kegemukan dan kebuncitan.
Adakah dengan langkah penggantian ini membantu menyelesaikan masalah? Walaupun terdapat kajian yang menyarankan individu untuk mengambil minuman manis tiruan sebagai sebahagian diet penurunan berat badan, kajian lain pula mencadangkan bahawa diet minuman berkarbonat ini akan membawa kepada kegemukan. Jadi, buat masa sekarang tiada bukti konklusif boleh dibuat.
slide image
8) Bagi mengurangkan lemak pinggang, kita perlu mengambil makanan tinggi serat. Betul atau salah?
Betul. Segerakan untuk menambah bijirin penuh sebagai diet harian anda. Sebagai contoh beras perang berbanding beras putih. Makanan terproses membawa kepada kegemukan. Kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan bahawa diet kalori terkawal serta kaya dengan bijirin penuh mampu mengurangkan berat badan individu obes.
slide image
9) Jadi mana satu contoh berikut adalah bijirin penuh? Popcorn? spageti? emping jagung?
Jawapan--Popcorn! Terkejut? Spageti dan emping jagung diperbuat dari bijirin tertapis atau terproses (tapi tidak dinafikan jenis pilihan bijirin penuh). Tapi, popcorn adalah sejenis makanan bijirin penuh yang boleh meningkatkan pengambilan serat. Pilih popcorn yang tidak disalut dengan caramel, gula dan pilihan lain yang melibatkan penggunaan minyak.
Serat dalam bijirin penuh akan menyebabkan makanan lebih lama untuk dicerna. Jadi, ini akan menyebabkan rasa kenyang lebih lama serta mengawal kandungan gula darah disamping mengurangkan lemak!
slide image
10) Lelaki lebih cenderung mengumpul lemak dibahagian pinggang berbanding wanita. Betul atau salah?
Betul--Tepat sekali! Secara keseluruhannya, lelaki cenderung menyimpan lemak di bahagian perut berbanding wanita kerana perbezaan hormon. Sebelum usia 40 tahun, wanita cenderung menyimpan lemak di bahagian pinggul, peha dan punggung. Selepas usia 40 tahun, kandungan hormon estrogen berkurangan dan menyebabkan lemak badan berkumpul di bahagian perut pula.

11) Lemak pinggang lebih susah untuk dihilangkan berbanding lemak di bahagian lain. Betul atau salah?
Salah! Apabila kita mengalami penurunan berat badan, bahagian tengah badan adalah kawasan yang mengalami penurunan dengan jelas. Penurunan berat badan secara perancangan yang seimbang akan mencairkan lemak badan termasuk di bahagian pinggang. Jadi, langkah bijak dan sihat ialah secara penjagaan pemakanan dan senaman kerap.
slide image
12) Senaman pada bahagian pinggang seperti 'sit up' akan membantu mengurangkan lemak di pinggang. Betul atau salah?
Salah! betul ke? Senaman 'sit up' atau senaman abdomen/perut yang lain akan menguatkan otot bahagian tertentu dan mengurangkan lemak, tetapi bukanlah dikhususkan pada lemak pinggang sahaja. Senang cerita, senaman pada bahagian tertentu tidak menjanjikan kekurangan lemak pada bahagian tertentu! Satu cara untuk mengurangkan lemak pinggang atau mana-mana bahagian berlemak adalah secara berdiet dan bersenam. Senaman aerobik seperti berlari, berenang, mengayuh basikal dan bermain tenis adalah beberapa jenis senaman yang mengurangkan lemak badan.
slide image
13) Lemak dipinggang dikaitkan dengan masalah jantung? osteoporosis? dementia? atau semua sekali?
Ya, semua sekali! Lemak pinggang adalah berbahaya terutamanya untuk jantung. Kajian mengkaitkan lemak pinggang dengan kegagalan jantung, atherosclerosis dan masalah kardiovaskular lain. Ia juga dikaitkan dengan osteoporosis, dementia, penyakit alzheimer;s, kencing manis, kanser kolorektal, sindrom metabolik, darah tinggi dan masalah kesihatan lain.
slide image
14) Antara rancangan kesihatan berikut, yang mana satukan perancangan terbaik untuk mengurangkan lemak pinggang? 
a) menggantikan lemak tepu kepada lemak mono-tak-tepu
b) mengurangkan kalori dan bersenam
c) menggantikan bijirin terproses kepada bijirin penuh
d) makan lebih protein dan kurangkan karbohidrat

Jawapannya ialah B! Kebanyakan bukti saintifik menyarankan diet kalori terkawal serta kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, tenusu rendah lemak, kekacang, biji-bijian, daging kurang lemak, ikan, telur adalah asas diet yang membekalkan kesemua nutrien sementara mengekalkan saiz pinggang ideal. Pakar diet menyarankan kombinasi diet sebegini dengan senaman 30-60 minit di kebanyakan hari dalam seminggu.


slide image

7 comments:

  1. Nk tny,,quaker oat yg quickcook tu bijirin penuh ke bijirin proses?adkh dgn pengambilan oat pd pg dn mlm efektif untk penurunan berat bdn?

    ReplyDelete
  2. hi/salam ioner,
    sori lambat reply.. usually yg labelled quickcook or instant oat ialah bijirin terproses.. untuk yg bijirin penuh.usually die panggil rolled oat. ciri2 die.. lambat sket kene masak..color brown sket (since x mengalami process yg panjang like other oat). bile beli, look at the label.. tp kalo hanya mampu amek instant pun ok.. untuk penurunan berat badan, oat bagus bersama dengan jenis makanan tinggi fiber yang lain.. sebab.. mengenyangkan..tahan kenyang lebih lama so x end up makan lagi after that.. sbb fiber content menyebabkan blood sugar controlled and processed slowly. make it healthy, tambah buah-buahan segar or kering.. and use low fat milk. gentle reminder: 3 tbsp of oat's calorie sama dengan 1 scoop nasi.. so calorie-wise still kena jaga.

    ReplyDelete
  3. tapi, sy ad consult dgn dietician yg dia ckp breakfast ambil 5 tbs oat dn dinner jgk 5 tbs. pastu for lunch, ambil nasi spt biasa. so, adkh dgn portion size mcm tu boleh turun kn berat badan sy dn kurangkn kebuncitan sy? tq :)

    ReplyDelete
  4. boleh... as long as within recommended calorie intake.. ioner...masalah kegemukan atau kebuncitan bukanlah disebabkan spesifik makanan..tpi total pengambilan kalori harian.. let say, kalo makan super food pun dalam kuantiti yg banyak means over required calorie.. still makanan tu akan disimpan as lemak..
    nasihat, not necessarily kene amik oat..bley diskus ngan dietitian utk contoh kepelbagaian makanan lain yg provide the same amount of calorie.. ok?
    n as long as pemakanan jaga dari sudut kalori.. plus exercise.. bukan sahaja perut buncit jadi kempis.. badan slim mlim plus lbeh fit or firm..
    make sure dieting plus exercise.. that way akan cepat turun.. insyaAllah!

    ReplyDelete
  5. saya nak tanya:
    pada setiap hari saya lakukan sit up sebanyak 200 kali tapi tidak menunjukkan hasil,Saya juga telah mengurangkan kalori harian saya,
    senaman Apakah yang saya boleh lakukan untuk mengurangkan lemak dengan pantas?

    ReplyDelete
  6. Tahniah kerana komited melakukan senaman.. apabila org lain tidak ambil peduli. Tindakan encik mmg tepat iaitu melakukan senaman bersama dengan pengurangan kalori. Pertama pengurangan kalori sekurang2nya 500kcal dari pengambilan biasa akan membantu pengurangan 0.5-1kg seminggu.

    Untuk senaman, mana-mana senaman akan membantu pembakaran kalori. Bezanya banyak atau sikit.. 200 sit up dirasakan banyak.. tapi perbezaan intensiti senaman melibatkan kadar pembakaran kalori. kalau lagi perlahan sit up lagi banyak bakar, dengan syarat gap antara sat tidak terlalu lama mengelakkan kerehatan pada otot. means buat slow lagi banyak burn kalori.

    bley rujuk artikel : http://www.livestrong.com/article/444531-how-many-calories-will-200-situps-burn/

    jadi untuk menjawab soalan senaman mana yang boleh mempercepatkan pembakaran lemak ialah aktiviti aerobik dan angkat berat.

    bagi aktiviti aerobik, saya ambil contoh berlari. apa yang perlu dibuat ialah berlari semampu mungkin sehingga sampai penat. kalo dapat 1km, ulangi hari seterusnya 1km..biasakan sehingga larian 1km tidak lagi memenatkan... tingkatkan kepada 1.5km atau 2km.. dan ulangi.. ini akan membantu kekuatan otot jantung dan pembentukan otot konsisten.

    aktiviti aerobik lain mcm senam joget aerobik, berjalan laju2 dan memesin rumput.

    seterusnya, senaman angkat berat. lakukan sekurang2nya 2kali seminggu. kalo xde dumbell boleh guna botol berisi air atau pasir.. ikut kesesuaian..

    boleh satukan senaman aerobik dengan angkat berat. contoh semasa joget aerobik sambil2 angkat beban. makesure selamat.. takut terpelanting pulak..

    untuk rujukan boleh tgk di:http://www.mayoclinic.com/health/exercise/SM00109

    jangan berputus asa kalo hasil xmemberangsangkan.. adalah lebih sihat untuk menurunkan berat badan secara pemakanan sihat dan senaman berbanding pengambilan produk.

    boleh ke? harap2 membantu.

    ReplyDelete
  7. Saya menghidap diabetis, bolehkah saya mengambil quaker oat? Bukankah quaker oat itu adacarbohidrat seperti nasi putih?

    ReplyDelete