Friday, 13 April 2012

Adakah anda obes atau gemuk?

Masyarakat memiliki 'scanner' yang subjektif dalam mendefinisikan kegemukan atau obesiti. Jika kita berjalan dikhalayak ramai, kita boleh melihat beberapa individu memiliki tubuh yang lebih gempal dan lebih signifikan berbanding individu lain. Atau mungkin juga kehadiran kita lebih signifikan berbanding orang lain. Jadi, adakah kita betul-betul gemuk atau obes atau mungkin sekadar saiz tulang aka 'body frame' yang besar sedikit berbanding orang lain?? 
 

Jadi, jom kita tentukan obesiti!

Berikut adalah antara tatacara penilaian obesiti:

1) Peratus Lemak Badan

Lelaki : lebih dari 20%
Perempuan : lebih dari 30%

Jika badan kita 'up' sedikit berbanding orang lain, kita senang untuk menganggarkan kadar keberadaan lemak dalam badan kita. mungkin kita tidak perlukan alat mengukur peratusan lemak! ada orang hanya cuba pusing lipatan-lipatan kulit dan dengan sekali kilas jelas ternampak globul/bintik-bintik lemak. 
Cuba kita lihat ahli bina badan yang terang-terangan hanya sedikit lemak dan lebih otot, lipatan kulit jelas menunjukkan jaluran-jaluran otot bahkan kulit mereka mungkin tidak boleh dilipat!!

permasalahan berat badan sememangnya memerlukan peratus lemak badan sebagai indikator. Manakan tidak,setiap tenaga atau kalori yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak. Setiap hari kita menikmati makanan berkalori tinggi, hari kemudian kita tidak pula cuba membakar kalori. Jadi, setiap hari ada sahaja geng-geng lemak baru muncul.


2) ukur lilit pinggang

Lelaki : lebih dari 90 cm
Perempuan : Lebih dari 80 cm

ukur lilit pinggang sangat senang untuk di ukur terutamanya bagi tukang jahit. Senang sahaja, ambil pita pengukur.. tiada? ambil benang atau tali, lilit pada pinggang dan ukur di pembaris-- ok? 
Dan jangan cuba-cuba menipu diri sendiri untuk mengukur di bahagian paling 'slim' sekali, ukur di bahagian paling menonjol. Jangan risau tarikan graviti akan membantu perut anda untuk menonjol.
Berapa bacaan anda? kalau kurang dari digit di atas..saya ucapkan TAHNIAH! jika lebih-- TAHNIAH juga kerana anda mendapat ukuran lebih dari orang lain. The more the merrier!
Tapi ingat, terutamanya kaum lelaki. kerana kaum Adam selalu mendapat obesiti berbentuk epal manakala wanita berbentuk pir. Dan ini adalah faktor-faktor risiko mendapat pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit kardiovaskular, jantung koronari dan banyak lagi.

3) Indeks Jisim Tubuh (IJT) atau selalu kita dengar BMI-- Body Mass Index

IJT adalah indeks yang biasa digunakan untuk mengkelaskan kurang berat badan, berlebihan berat badan dan obesity di kalangan dewasa. Ia didefinisikan sebagai berat dalam kilogram dibahagikan dengan tinggi dalam meter kuasa dua. Contohnya, seorang dewasa yang mempunyai berat 70kg dan tinggi 1.75m mempunyai IJT 22.9.

            IJT = 70 kg / (1.75 m)2 = 70 / 3.0625 = 22.9

Klasifikasi antara bagi kurang berat badan, berlebihan berat dan obesiti. Anda mana satu???
Klasifikasi
IJT(kg/m2)

Kurang berat badan
<18.50

     Sangat kurus
<16.00

     Sederhana kurus
16.00 - 16.99

     Kurus
17.00 - 18.49

Julat normal
18.50 - 24.99
Berlebihan berat badan
≥25.00

     Pra-Obes
25.00 - 29.99
     Obes
≥30.00

          Obes kelas I
30.00 - 34-99
          Obes kelas II
35.00 - 39.99
          Obes kelas III
≥40.00

Sumber: WHO 2004

Nilai IJT bergantung kepada umur dan ia adalah sama untuk kedua-dua jantina.walaubagaimanapun.IJT tidak menggambarkan peratus lemak tubuh seseorang kerana berlainan proporsi tubuh.
Bayangkan, ahli bina badan atau atlet angkat berat, tubuh mereka kebanyakannya berat dan BMI mereka mungkin tergolong dalam kategori obes-- tapi mereka tidak! kerana kebanyakan berat adalah otot bukan lemak!

Risiko mendapat penyakit semakin meningkat dengan peningkatan IJT.

Obesity Treatment Centers Obesity Treatment Centers Of New Jersey
Jadi, di atas adalah indikator masalah obes individu. Anda tahu anda dalam kategori kurang berat, ideal, gemuk, atau obes??

lain indikator kenaikan berat badan tanpa anda perlu naik alat penimbang, tentu sekali:
1) apabila baju yang kebiasaan muat, sudah sendat hanya dalam beberapa bulan atau tahun.Melainkan anda pregnant atau anda tengah membina otot dan lain-lain berkenaan.
2) apabila saiz seluar anda dari 30 menjadi 40.. 
3) apabila seluar baggy anda jadi seluar skinny untuk anda..
4) apabila anda mula mengubah saiz baju yang lebih kecil ke lebih besar mungkin XL, XXL, XXXL, SuperXL sekian...
5) mungkin dahulu anda perlukan pin bagi tudung indonesia, sekarang tidak lagi dengan bantuan 'double-chin'
6) apabila saiz kasut anda perlu ditambah bagi mengelakkan melecet akibat keketatan.
7) apabila anda perlukan lebih lubang untuk tali pinggang anda..????


anda sediakan senarai sendiri.. yang pasti, kita tahu kondisi tubuh kita. Sihat atau sebaliknya.
Tiada alasan untuk kekal gemuk atau obes.

Keputusan di tangan anda....


No comments:

Post a Comment