Monday 21 May 2012

Penurunan Berat Badan: Diet atau Senaman, Mana Lebih penting?

Mana lebih penting bagi penurunan berat badan? Diet atau Senaman. Realitinya, individu yang ingin menurunkan berat badan akan memfokuskan usaha mereka, dan persoalan di atas akan muncul. Jadi, diet atau senaman? Kebanyakan kajian dan pemerhatian, bukti menunjukkan hanya dengan perubahan diet akan menurunkan berat badan lebih banyak berbanding dengan bersenam. Bagi beberapa individu merasakan ianya logik dan sebahagian mungkin terkejut dengan kenyataan di atas. Ramai percaya bersenam akan lebih berkesan, dan mereka berusaha ke arah itu. Walaubagaimanapun,tanpa perubahan diet, kebanyakan individu akan bersusah payah untuk menurunkan berat badan secara signifikan dengan hanya bersenam.

Kenapa? Kenapa kalau bersenam sahaja tidak mampu memberi kesan signifikan pada penurunan berat badan?
Terdapat kira-kira 3500 kalori dalam ~0.5 kilogram lemak. Jadi untuk mengurangkan 0.5kg lemak seminggu, anda perlu mengurangkan 500 kalori sehari. Contohnya, seseorang yang memiliki berat 68 kilogram. Jika dia hanya memfokuskan pada senaman untuk mengurangkan 0.5 kg seminggu, dia perlu membakar sekurang-kurangnya 500 kalori atau lebih sehari. Ini bersamaan dengan berlari 5 km sehari atau berbasikal 56 minit sehari atau berenang sejam sehari. Saya tidak menyangkalkan keberkesanannya, tapi ia sangat sukar bagi individu untuk melakukan perubahan sedemikian. Kita sering mendengar individu yang bersenam bagai nak rak tapi kesan penurunan berat badan yang sedikit dan tekanan perasaan meningkat.
Dalam sudut lain pula, jika individu ini ingin memfokuskan pada perubahan diet bagi menurunkan jumlah berat yang sama iaitu 0.5kg, dia perlu mengurangkan 500kalori sehari dari diet hariannya. Macam mana? berbanding dengan 4 sudu gula dalam segelas teh, pilih 1 sudu -- anda jimat 180 kalori. Berbanding dengan 4 senduk nasi untuk makan malam, ambil hanya 2 senduk nasi -- anda jimat  150 kalori. Berbanding dengan 2 sudu mentega kacang, anda ambil 1 sudu sahaja- anda jimat 45 kalori. Senang sekali! Anda tukar tabiat meminum air manis kepada air kosong -- anda jimat kalori gula antara 60- 480 kalori (1 sudu = 60 kalori), tukar tabiat 'snacking' dengan keropok, roti berkrim, biskut manis kepada hidangan buah-buahan-- anda jimat 200 - 600 kalori (bergantung kepada porsi dan jenis makanan) dan buah sehidangan hanya 60 kalori!!

Akhirnya--- kombinasi kedua-dua teknik iaitu perubahan diet dan aktiviti fizikal adalah strategi terbaik bagi pengurusan berat badan jangka masa panjang.
Bakarlah ~250 kalori sehari melalui senaman dan ubahlah pengambilan kalori kepada kurang 250 adalah pendekatan yang halus dan fleksibel bagi kebanyakan individu. Sementara, lebih bersenam akan membawa kesan yang lebih memberangsangkan, anda boleh mulakan dengan perubahan kecil ke yang lebih besar. Tambahan pula, aktiviti fizikal memberi kesan penjagan kesihatan lebih dari sekadar penurunan berat badan -- mengurangkan risiko penyakit kronik seperti jantung, kencing manis, dan kanser, menguatkan otot dan tulang, meningkatkan kesihatan mental dan kesejahteraan, tidur yang berkualiti dan banyak lagi!
Bahkan, doktor akan menasihatkan bersenam sepertimana mereka memberi ubat-ubatan kepada pesakit.
Kesan sampingan aktiviti fizikal ialah individu cenderung untuk makan lebih banyak apabila mereka aktif.
Meskipun, kebanyakan individu yang mula bersenam akan lebih menjaga pemilihan pemakanan mereka, sebahagian memilih untuk makan sepuas-puasnya seperti meng'qada' kalori yang dibakar.
Walau apa pun, kajian mengatakan individu yang memilih untuk bersenam sebagai rutin harian akan memiliki berat badan yang lebih terurus dalam jangka masa yang panjang.
Kita mungkin tidak mempunyai epidemik berlebihan berat badan atau obesiti dalam negara, tetapi kita mempunyai epidemic pemakanan yang kurang sihat dan aktiviti fizikal yang tidak mencukupi. Ini adalah punca utama masalah kesihatan kebanyakan individu, dan masalah berlebihan berat badan adalah simptom hasil dari punca masalah. Daripada kita memfokuskan usaha kita untuk mendapatkan nombor tertentu pada alat penimbang, Saya menggalakkan anda untuk fokus pada tabiat pemakanan iaitu pengambilan makanan bernutrisi dan semaikan tabiat bersenam dalam kehidupan seharian. Berat badan, bersama-sama dengan kebaikan kesihatan yang lain, akan turut sama.












1 comment: