
Terapi ini memfokuskan kepada perubahan cara berfikir dan tingkah laku terhadap pemakanan dan gaya hidup serta memberi saranan praktikal bagi perubahan positif seperti mengenalpasti pengambilan kalori harian dan membina diari pemakanan.

Dan seterusnya, pengurangan kalori ini membawa kepada penurunan melebihi 1 kilogram. kebanyakannya mengalami penurunan berat badan 3 kg. Di samping itu, terdapat sebahagian dari keluarga yang bertukar dari status obes ke berlebihan berat badan/overweight.

Bertindak sebelum terlambat. Individu obes bukan sahaja meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan metabolik bahkan menarik sama anak-anak atau keluarga dalam risiko menghidap pelbagai jenis penyakit.
Terapi diet dan gaya hidup adalah intipati perubahan jangka masa panjang serta menjamin kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti. Antara kita mungkin, memilih jalan singkat untuk menurunkan berat badan seperti pengambil pil, supplemen diet, teh pelansingan badan, terapi laser dan banyak lagi. Tetapi, adakah anda pasti pilihan anda mampu menjamin perubahan gaya hidup dan pemakanan jangkamasa panjang?
Jawapan di tangan anda. Pastikan terapi yang dipilih selamat untuk digunakan serta kenalpasti kesan sampingan jangka masa pendek dan panjang. Anda bukan hanya mahu berat badan ideal dalam sebulan atau 2 bulan tetapi untuk seumur hidup.

Selamat Maju Jaya!