Seringkali didengari faktor kasibukan membataskan seseorang tidak berjaya untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Saranan pengambilan hidangan yang berkhasiat dan senaman secara rutin dianggap tidak praktikal kerana kondisi-kondisi tertentu bagi setiap individu.
Budaya instant kian popular di kalangan masyarakat kini disebabkan faktor kesibukan dan masa yang terbatas. Menu yang praktikal bagi golongan ini tentu sahaja junkfood, fast-food atau instant drink (eg: 3 in 1). Fenomena junkfood dan fast-food juga terkenal di kalangan individu yang berkunjung ke pusat membeli-belah. Inilah realiti kehidupan! Di sini, dikongsikan beberapa tips mudah untuk gaya hidup sihat:
Sebaiknya, anda mempunyai jadual makan yang teratur setiap hari. 3 hidangan utama : Sarapan (6am-9am), makan tengahari (12pm-2pm) dan makan malam (6pm-9pm). Pemilihan snek (makanan antara waktu hidangan utama) yang ringan dan berkhasiat (10am, 4pm).
Anda dinasihatkan agar tidak meninggalkan sarapan yang mana disarankan pengambilannya antara 6am-8am kerana proses metabolisma berada pada tahap optima pada waktu ini. Pengambilan sarapan yang lewat ~10am - 11am akan menyebabkan tenaga yang diambil akan disimpan sebagai lemak dalam tubuh (proses metabolisma menurun).
Seeloknya, buah-buahan diambil 20-30 minit sebelum hidangan utama - Ini akan menyebabkan perut akan terasa kenyang terlebih dahulu. Oleh itu, pengambilan makanan utama tidaklah terlalu banyak atau berlebihan. Selain itu, pengambilan buah sebelum hidangan utama adalah berfungsi untuk membantu melancarkan proses pencernaan bagi makanan yang telah diambil sebelum itu.
Perhatikan pinggan hidangan utama (makan tengahari & makan malam) anda! Pastikan ia lengkap dengan sumber karbohidrat (eg: nasi, mee), protein (eg: ikan, daging, ayam), lemak dan vitamin/ serat (eg: buah, sayur-sayuran). Sayur-sayuran berdaun hijau digalakkan diambil separuh pinggan hidangan kerana manfaat seratnya dalam menurunkan kolesterol yang berlebihan dan membantu dalam pengawalan glukosa dalam darah.
Pengambilan hidangan berat amat tidak disarankan diambil waktu tengah atau lewat malam kerana ia boleh membantutkan proses detoksifikasi oleh organ hati (seperti yang diceritakan dalam post sebelum ini Jam Biologi Tubuh). Apabila proses detoksifikasi tidak berlaku, ini menyebabkan kesan buruk kepada sel hati seterusnya toksin atau racun dalam tubuh akan merosakkan sel-sel dalam tubuh.
Aktifkan diri anda setiap hari! Kekangan masa? Sibuk? Itu mungkin antara alasan yang biasa kita semua dengar untuk melakukan senaman. Sebenarnya, kalau anda tidak sempat untuk bersenam secara formal (eg: berjoging, berlari, berenang), anda masih boleh untuk aktif. Ya, amalkan berjalan pantas ke tempat kerja, membuat regangan otot ringan selepas bangun pagi atau naik turun tangga (jumlah masa aktiviti ~20-30 minit/hari). Ini secara tidak langsung mengaktifkan diri anda dan membantu anda menguatkan otot jantung. Apabila anda telah berjaya untuk konsisten ~30 minit/hari, tingkatkan lagi kepada ~45 minit/hari. Mudah, bukan?
Akhir kata, yang penting perlu KEAZAMAN dan DISIPLIN yang tinggi untuk berjaya. Selamat berusaha!
SIHAT itu murah, SAKIT itu mahal. Sekarang hanya sekadar memilih, untuk SIHAT atau SAKIT? Tahukah anda, Rasulullah SAW, junjungan umat Islam tidak pernah sakit! Baginda berpesan bahawa perut adalah tempat bersarangnya penyakit. Ya, perutlah asal bagi bermulanya pelbagai penyakit.