Makanan organik dihasilkan menerusi kaedah yang tidak melibatkan penggunaan:
- racun perosak
- baja kimia
- pelarut kimia
- Perasa tambahan kimia
- tidak mengandungi organisma yang dimodifikasi secara genetik
Sebagai alternatif, sistem pertanian organik menggunakan najis haiwan dan tumbuhan serta racun perosak biologikal.
Secara tidak langsung, ia meningkatkan keprihatinan pengguna terhadap kesihatan diri, persekitaran, nilai pemakanan, kualiti pemakanan dan keselamatan makanan yang dibeli.
Beberapa kajian ditebitkan untuk membandingkan makanan yang dihasilkan secara organik dengan makanan yang dihasilkan secara konvensional. Perbandingan melibatkan nilai pemakanan, kualiti sensori, keselamatan makanan dan kaitan dengan kesihatan.
Hasilnya, berdasarkan beberapa kajian mengenai perbandingan nilai karetenoid dalam makanan bayi, kajian kandungan phenolik dalam jus tomato, dan kajian pemakanan dan pencemaran sayur-sayuran :
- Makanan organik memberi nilai sensori yang jauh lebih tinggi, kandungan racun perosak dan pelarut kimia yang rendah, nilai nutrien dan kandungan phytokimia pelindung yang tinggi serta jumlah nitrat yang lebih rendah berbanding makanan konvensional.
- Makanan organik mempunyai nilai zat besi, magnesium, fosforus dan vitamin C yang lebih tinggi berbanding makanan konvensional.
- Sayur-sayuran dan buah-buahan organik dijangkakan mempunyai kesan kesihatan yang lebih positif berbanding tanaman konvensional.
- Di samping itu, makanan bayi organik secara umumnya memiliki jumlah karetenoid yang lebih rendah berbanding makanan bayi konvensional.
Kesimpulannya, makanan organik menunjukkan ia lebih bermanfaat berbanding makanan konvensional dalam pelbagai aspek.
No comments:
Post a Comment