Apa yang ada pada diet fad? samada rendah karbohidrat, rendah kalori atau rendah lemak, selalunya terdapat gimik untuk meyakinkan keberkesanan diet tersebut.
Tapi tunggu! Adakah anda jumpa mana-mana individu yang mampu bertahan dengan diet tersebut dalam jangka masa yang lama? dan adakah mereka mengalami penurunan berat badan? jika ya, mampukah mereka bertahan dengan berat ideal setelah kembali kepada diet normal?
Cuba lihat diet fad di bawah, dan lihat berapa jenis diet yang telah anda cuba:
- diet rendah karbohidrat
- diet rendah lemak
- diet cecair (menggunakan shakes rendah kalori tinggi serat)
- diet grapefruit
- diet detox
- diet sup kubis
- diet makrobiotik
- diet jus
Jika anda pernah mengikut sekurang-kurangnya satu diet di atas, anda bukan berkeseorangan. Masalahnya ialah, jika diet tersebut berkesan kita akan amalkan dan kekalkannya. Tetapi realitinya, diet fad tidak berkesan untuk penurunan berat badan dan anda tidak akan bertahan dalam jangkamasa yang lama.
Jadi, apa yang berkesan? Ambil kalori sedikit yang anda mampu bakar. Itu sahaja, mudah dan ringkas. Setiap kalori akan diambil kira. Jika anda betul-betul mahu menurunkan berat badan, langkah terbaik ialah makan pelbagai jenis makanan sihat, bersenam 60 minit sehari dan berhenti menambahkan saiz makanan dan hidangan anda!
Definisi diet fad sangat objektif. Diet fad dianggap diet penurunan berat badan yang tidak sihat dan selalunya popular dalam masa yang singkat dan dilupakan dalam masa yang singkat juga.
Sebahagian pakar nutrisi mendefinisikan diet fad secara berikut:
- saranan yang menjanjikan penyelesaian singkat
- amaran ringkas mengenai bahaya produk atau regim
- klaim atau penyataan yang dirasakan "too good to be true".
- kesimpulan ringkas yang diekstrak dari kajian kompleks.
- saranan yang hanya berasaskan satu kajian
- penyataan yang dikatakan dari organisasi saintifik
- penyataan senarai makanan 'baik' dan 'buruk'
- saranan atau testimoni yang dibuat bagi menjual produk
- saranan yang dibuat berdasarkan kajian yang diterbit tanpa diulas oleh penyelidik.
- saranan yang dibuat berdasarkan kajian yang tidak mengambilkan perbezaan diantara individu atau kumpulan tertentu.
- diet yang mengehadkan satu atau lebih jenis makanan dari lima kumpulan makanan.
No comments:
Post a Comment