Antioksidan popular secara umum dalam tahun 1990-an, apabila saintis mula memahami bahawa kemusnahan radikal bebas terlibat di tahap awal penyumbatan salur darah dan menyumbang kepada kanser, hilang penglihatan, dan punca kepada penyakit kronik yang lain.
Beberapa kajian menunjukkan individu yang mengambil sedikit antioksidan dari buah-buahan dan sayur-sayuran berisiko tinggi mendapat penyakit kronik. Percubaan klinikal dimulakan dengan mengkaji impak komponen seperti beta-karoten dan vitamin E sebagai senjata melawan penyakit jantung, kanser dan sebagainya. Bahkan sebelum keputusan kajian ini dikeluarkan, pusat membeli belah dan farmasi, serta media sudah dipenuhi dengan label kelebihan antioksidan. Beri sejuk beku, teh hijau dan makanan lain dilabelkan sebagai makanan tinggi antioksidan. Pembuat supplemen mula menyatakan klaim bahwa produk mereka mampu mencegah penyakit.
Kebanyakan kajian melaporkan vitamin E dan supplemen antioksidan tidak mampu melindungi pengguna dari penyakit jantung atau kanser. Bahkan, terdapat kajian menunjukkan pengambilan beta-karoten mampu meningkatkan risiko kanser peparu di kalangan perokok serta penurunan kadar kognitif.
Selain itu, terdapat juga kajian yang menunjukkan kadar risiko penyakit kanser kulit lebih tinggi dikalangan wanita yang mengambil vitamin C, beta-karoten, selenium dan zink.
Tetapi keputusan kajian sebegini tidak membantutkan syarikat dan penjual makanan serta supplemen dari menggembar-gemburkan kebaikan antioksidan.Keuntungan 500 million dollar direkodkan bagi penjualan supplemen antioksidan dan ia semakin bertambah dari tahun ke tahun.
Selalunya klaim pasaran akan menokok-tambah data kajian.Tetapi, tidak dinafikan bahawa antioksidan, mineral, fiber dan komponen semulajadi dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh mampu melawan penyakit kronik. Tetapi, tidak semestinya dos antioksidan yang tinggi mampu bertindak sepertimana sepatutnya.
Wanita yang mengamalkan diet tinggi antioksidan mampu menurunkan risiko strok, terutamanya bagi individu tanpa sejarah penyakit kardiovaskular (CVD).
Kajian prospektif menemukan wanita tanpa sejarah CVD yang mengambil makanan tinggi antioksidan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, teh, bijirin penuh, dan coklat mempunyai 17% risiko mendapat CVD lebih rendah berbanding wanita yang makan makanan tersebut dalam jumlah yang sedikit. Antara wanita yang mempunyai sejarah CVD, wanita yang mengambil tinggi antioksidan mempunyai 45% risiko mendapat strok hemoragik lebih rendah.
Radikal bebas menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik. Pengambilan antioksidan tidak semestinya mampu menyelesaikan masalah kesihatan terutamanya apabila kita mengambilnya luar dari bentuk semulajadinya. Kajian sekarang masih belum cukup kuat untuk membuktikan supplemen antioksidan mampu memberi impak positif pada kesihatan.
"Kajian ini menyarankan pengambilan makanan kaya dengan antioksidan terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran bagi pencegahan strok"- Stroke: Journal of the American Heart Association.
jadi, saranan terbaik ialah untuk kita menikmati kepelbagaian makanan semulajadi atau dalam bentuk asal bukan terproses kerana itu adalah bentuk terbaik. Keberkesanan makanan dalam membantu pencegahan penyakit tidak semestinya bergantung hanya kepada satu komponen tertentu dalam makanan, ia mungkin melibatkan beberapa komponen yang melengkapi satu sama lain.
Thanks atas info ini. Sangat membantu :)
ReplyDelete