Semasa anda sedang menikmati sesuatu makanan, dan tiada orang melihat. Kalori makanan tersebut tidak perlu dikira. --> jika anda makan dalam gelap tanpa sesiapa melihat dan anda pun tidak mampu melihat makanan tersebut, makanan tetap masuk dalam perut. Dalam erti kata lain, kalori tetap masuk dalam badan anda.
Jika anda minum diet soda bersama gula-gula, kalori gula-gula akan ter'cancel' oleh diet soda. --> tiada istilah 'cancel--meng'cancel', istilah yang perlu digunapakai ialah ' all or none'. Selagi makanan masuk dalam perut kalori pasti dikira.
Jika anda makan bersama teman, kalori tidak akan dikira jika anda makan kurang dari teman anda.>boleh ke macam tu? anda tetap makan bukan?
Makanan yang digunakan bagi tujuan perubatan tidak akan dikira kalorinya seperti coklat panas, brandy, teh halia, oat dan sebagainya. --> ia tetap makanan dan berkalori.
Jika anda menggemukkan orang disekeliling anda, anda akan nampak kurus. --> dan realitinya anda tetap gemuk! dan lebih teruk anda ajak orang untuk jadi gemuk.
Makanan semasa menonton filem atau wayang (Popcorn bermentega, gula-gula, coklat, potato chips, air berkarbonat etc) tidak mempunyai kalori tambahan kerana ia adalah sebahagian pakej hiburan bukan sebagai sumber tenaga. --> pakej hiburan? ia termasuk dalam pakej kalori (no doubt!).
Biskut atau Cookie tidak mempunyai lemak--> proses pemecahan biskut menyebabkan lemak terkeluar. --> pecahnya biskut secara fizikal atau zahirnya, bukan pecah lemak. Lemak tetap dalam cebisan-cebisan biskut.Makanan yang dijilat dari pisau, sudu atau senduk tidak mempunyai kalori jika anda sedang menyediakan makanan. Sebagai contoh mentega kacang di pisau sapuan semasa menyediakan sandwic dan ais krim pada sudu semasa menyediakan sundae. --> makin banyak jilat makanan, makin banyak kalori yang diambil.
Makanan yang mempunyai warna yang sama juga memiliki nilai kalori yang sama. Contoh: bayam dan ais krim pistacio, mushroom dan coklat susu, tembikai dan jeli merah. --> takde maknenye!
Makanan sejukbeku tidak mempunyai kalori kerana kalori ialah unit haba. Contoh seperti ais krim, pai sejuk beku dan popsicles. --> realiti yang amat perit untuk diterima. kalori ialah unit haba hasil dari pembakaran sumber tenaga utama karbohidrat, protein dan lemak. Jika dalam ais krim sejuk terdapat gula(karbohidrat) ia tetap kalori!
Snickers adalah sama dengan bar tenaga. --> tidak sama! Bar tenaga adalah bar supplemen tenaga yang mengandungi bijirin dan makanan lain yang tinggi kalori. Difokuskan untuk individu yang memerlukan tenaga segera tetapi tiada masa untuk menikmati hidangan.
Merasa makanan orang lain tidak termasuk dalam pengiraan kalori. --> kalau merasa sedikit tidak mengapa (walaupun kalori masih dikira), tetapi jika merasa sama banyak dengan makan terus?
No comments:
Post a Comment