Pernahkah anda diserang rasa mengantuk pada setiap jam 10pm atau selalu terbangun pada jam 5am? Dan hal ini terjadi secara rutin setiap hari tanpa anda merancangnya? Satu kebiasaan yang selalu dilakukan akan terprogram di dalam otak menjadi kegiatan yang rutin. Hal ini membuktikan tubuh mempunyai jam biologi. Apabila anda mempunyai kebiasaan makan pada jam 2pm maka anda pun akan merasa lapar pada waktu itu juga. Bagaimana anda memperlakukan tubuh anda maka begitulah tubuh anda akan bereaksi dengan segala akibat yang ditumbulkan. Peliknya, jika tubuh diperlakukan dengan buruk, mula-mula tubuh akan memberi reaksi penolakan. Namun apabila intervensi tersebut dilakukan secara terus menerus maka tubuh akan mula menerimanya.
Tubuh memiliki jam biologi semulajadi terhadap semua sistem tubuh badan. dengan adanya jam biologi atau lebih dikenali dengan irama sirkadian, menjadikan tubuh lebih memiliki jadual untuk mencerna, menyerap dan membuang sisa-sisa metabolismanya. Kebiasaan anggota badan mengikuti kebiasaan semulajadi sesuai sunnatullah. Begitu juga dengan jam biologi proses pencernaan dibahagikan kepada 3 peringkat:
Fasa pencernaan (Jam 12 tengahari-8malam)
Fasa pencernaan adalah waktu ketika tubuh menerima makanan utama dengan menerapkan menu yang berkhasiat dan kombinasi makanan yang ideal. Pada waktu makan sebaiknya tidak diselangi dengan minum kerana akan mempengaruhi enzim-enzim pencernaan yang dapat menyebabkan terganggunya proses pencernaan.
Fasa penyerapan (Jam 8malam-4pagi)
Pada fasa ini, tubuh melakukan fungsinya menyerap makanan yang telah dimakan sebelumnya. Tubuh menyerap zat-zat bermanfaat untuk digunakan sebagai tenaga bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh, termasuklah menggantikan sel-sel yang mati. Supaya fasa ini berjalan denagn baik, maka organ pencernaan tidak boleh melakukan pekerjaan berat dengan mencerna makanan berat iaitu makanan utama. Mengapa?
Pada malam hari kadar melatonin akan meningkat. Hormon melatonin ini akan memberi rasa mengantuk pada sistem tubuh. Salah satu tujuan untuk dikeluarkan melatonin juga untuk melambatkan proses pencernaan. Apabila anda makan banyak di malam hari, maka tubuh tidak dapat mencerna secara cekap. Akibatnya tubuh menjadi kekurangan tenaga dan lemah kerana makanan yang masuk di dalam tubuh akan diubah menjadi lemak.
Selepas makan malam, tidak boleh terus tidur kerana tidak baik untuk pencernaan dan kesihatan. Pada waktu malam, organ hati menjalankan fungsi detoksifikasi. Hati bekerja secara maksima apabila tubuh dalam keaadan tenang dan berehat iaitu pada waktu tidur. Oleh kerana itu, disarankan tidur lebih awal dan tidak berjaga malam. Apabila tubuh tidak berehat maka proses detoksifikasi akan terganggu. Hal ini akan memberi kesan buruk kepada sel-sel hati kerana sisa dan metabolisma seharian yang mencemari tubuh akan meracuni sel hati sehingga proses detoksifikasi tidak dapat berjalan dengan sempurna.
Fasa pengeluaran (4pagi-12tengahari)
Pada fasa ini, tubuh akan mengeluarkan zat-zat beracun hasil metabolisma atau detoksifikasi. Setiap pagi setelah bangun tidur, dapat dipastikan rutin pergi ke tandas setiap pagi untuk membuang najis. Selain itu, aroma mulut anda akan terasa terbau sebab tubuh membuang sisa beracun melalui ventilasi mulut. Jangan sekali-kali menahan rangsangan pembuangan najis kerana akan menimbulkan kesan yang tidak baik pada kesihatan. Selain itu, sisa metabolisma juga keluar melalui liang-liang rongga. Agar sistem pernafasan dan kulit berfungsi dengan baik, sebaiknya dilakukan dengan senaman. Senaman membuatkan pertukaran gas O2 dan CO2 secara optima, liang roma kulit akan melebar dan peluh pun akan keluar dengan banyak,. Ini bermakna racun-racun dalam tubuh akan terbuang.
No comments:
Post a Comment