Bayi akan mula minum sedikit susu apabila makanan pepejal mula diperkenalkan.
Setelah bayi sudah mula mencuba pelbagai jenis makanan bayi, cuba perkenalkan buah-buahan atau sayur-sayuran.
- Untuk buah-buahan dan sayur-sayuran, perkenalkan 1 jenis pada satu masa dan tunggu dalam masa 2-3 hari untuk mengenalpasti reaksi alahan.
- mulakan dengan sayur-sayuran seperti kacang pis, ubi kentang, lobak merah, ubi keledek, ubi bit, squash serta buah-buahan seperti pisang, epal, aprikot, pir, pic dan betik.
- Pakar pemakanan ada menyarankan untuk memulakan dengan sayur-sayuran sebelum buah-buahan, kerana buah-buahan mempunyai rasa manis manakala sayur-sayuran sebaliknya.Jadi, bayi akan belajar makanan yang kurang manis terlebih dahulu.
- Berikan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam 2-3 sudu makan (4 hidangan sehari).
Saiz hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan adalah di antara 2 sudu makan hingga 2 cawan sehari bergantung kepada saiz badan dan penerimaan kanak-kanak. Konsistensi juga bergantung kepada penerimaan kanak-kanak dan seelok-eloknya dimulakan dari cair ke pepejal.
Makanan jejari boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit, tetapi elakkan makanan seperti hirisan atau potongan epal, anggur, sosej, mentega kacang, popcorn, kekacang, bijian, gula-gula dan sayur keras. Makanan seperti ini mampu mengundang risiko tercekik.
Sayur-sayuran yang di masak sampai lembut, buah-buahan yang dibasuh dan dikupas, biskut rusk bayi, biskut beras bayi adalah contoh makanan jejari yang baik. Makanan bergaram atau bergula adalah tidak digalakkan.
Bayi pada usia ini juga gemar menggigit akibat kegatalan pada gusi semasa pertumbuhan gigi, jadi makanan jejari mampu melegakan kegatatalan gusi.

No comments:
Post a Comment